Manakala, bahan bantu mengajar yang
kedua ialah bahan pengajaran elektronik iaitu merujuk kepada media yang menggunakan sumber
elektrik. Bahan pengajaran eletronik ini semakin popular digunakan oleh guru
kerana ianya mudah dan menarik minat murid-murid. Antara contoh bahan
pengajaran elektronik ialah radio, televisyen, komputer, projektor, pemain CD
ataupun DVD, dan sebagainya. Untuk teknik membaca gema, bahan bantu elektronik
juga boleh digunakan iaitu menggunakan audio dan menunjukkan perkataan tersebut
di skrin komputer. Guru akan memperdengarkan perkataan yang dipilih untuk
dibaca oleh pelajar menggunakan audio dengan bunyi yang jelas. Jadi pelajar
akan mendengar perkataan tersebut dan menyebutnya bersama dengan guru.

No comments:
Post a Comment