Menurut Brown J.W.
(1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru
dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik
darjah. Bahan bantu mengajar bukan hanya terhad kepada buku teks, papan tulis,
kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua pancaindera,
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh para pelajar. Bahan pembelajaran
merangkumi pelbagai bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti glosari,
buku latihan, bahan bantu mengajar seperti gambar, objek hidup atau mati, model
atau spesimen, radio, poster, gambar rajah, patung, carta atau peta dan kad-kad
perkataan serta alat bantu mengajar yang lain.
Bahan bantu mengajar
yang digunakan oleh guru untuk teknik membaca gema ini sekurang-kurangnya boleh
dibahagikan kepada dua kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis.
Antaranya ialah bahan bantu mengajar
bukan elektronik. Contohnya guru menggunakan bahan bacaan. Pemilihan
bahan bacaan yang digunakan oleh pelajar yang lemah perlulah berada pada tahap
yang rendah berbanding pembaca yang boleh membaca dengan baik. Guru mestilah memilih buku cerita yang sesuai
dengan peringkat umur kanak-kanak tersebut contohnya buku cerita tentang Sang
Kancil dan Sang Buaya, Arnab dan Kura-kura dan Cinderella. Sebelum memulakan
bacaan, guru akan memberikan arahan awal kepada murid-murid supaya mengabaikan
gambar yang ada dalam bahan bacaan dan mereka tidak perlu bimbang untuk
menghabiskan kesemua bacaan. Semasa proses bacaan dimulakan, penyebutan
perkataan adalah amat dititikberatkan dan pelajar dilatih untuk melakukannya
sebaik mungkin.
Bahan Bantu Mengajar Melalui Carta
Bahan Bantu Mengajar Kaedah Diorama
Bahan Bantu Mengajar Melalui Komputer
Bahan Bantu Mengajar Melalui Carta
Bahan Bantu Mengajar Kaedah Diorama
Bahan Bantu Mengajar Melalui Komputer
No comments:
Post a Comment