Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahan bantu mengajar (BBM) memainkan peranan
penting dalam mewujudkan pelajar yang kreatif dan juga inovatif. Bahan bantu
mengajar merupakan satu bahan yang membantu merangsang dunia pelajar dan juga
guru untuk membantunnya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Bahan
bantu mengajar ini terdiri daripada beberapa kategori iaitu media elektronik
dan juga bukan elektronik. Menurut Atan Long (1981) menyatakan bahawa bahan
bantu mengajar terdiri kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran, alat
pandangan dan juga alat pandang-dengar. Penggunaan bahan bantu mengajar ini
telah memberi sumbangan yang amat besar sekali dalam mempertingkatkan mutu
pembelajaran dan juga pengajaran di dalam kalangan pelajar dan juga guru.
Antara
kepentingan bahan bantu mengajar dalam kemahiran membaca adalah untuk
meningkatkan minat murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Bahan bantu
mengajar yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas akan merangsang pelajar
untuk meningkatkan minat mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Hal ini demikian kerana, bahan bantu mengajar yang dilaksanakan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran memberi pelajar untuk menyaksikan secara
sendiri cara yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan sesi pengajaran di
kelas. Sebagai contoh, guru menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian
dengan pelajar. Melalui cara tersebut, pengajaran guru akan lebih mudah dan
cekap dengan pengggunaan bahan bantu mengajar ini. Selain itu, bahan bantu
mengajar yang digunakan oleh guru juga perlulah bersesuaian dengan dengan tajuk
pelajaran yang ingin disampaikan oleh mereka. Dengan cara tersebut, kita dapat
menarik minat pelajar dalam proses sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah
kerana pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya.
Seterusnya,dapat
mewujudkan kemahiran komunikasi dua hala antara guru dan juga pelajar. Bahan
bantu mengajar yang dibuat oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
akan memudahkan guru dan juga pelajar untuk berinteraksi dan berkongsi pendapat
antara satu sama lain. hal ini berlaku kerana, bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru akan memberi peluang
kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat mereka dan menjurus kepada
komunikasi dua hala melalui proses pertanyaan soalan.
Disamping
itu, bahan bantu mengajar ini juga diperlukan kerana ia dapat memberi
pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik. Dalam memberi
pendedahan membaca kepada pelajar guru memperbanyakkan kegiatan atau
aktiviti-aktiviti pelajar di dalam kelas dengan mempelbagaikan bahan bantu
mengajar dan bukan hanya memfokuskan kepada satu bahan bantu mengajar sahaja.
Sebagai contohnya, guru menggunakan bahan media elektronik dan juga bukan
elektronik seperti kad huruf, kad suku kata dan sebagainya semasa menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, ia untuk mengukur
keupayaan pelajar sama ada mereka ‘celik huruf’ atau ‘buta huruf’. Melalui
bahan bantu tersebut,guru dapat mengenalpasti keupayaan setiap pelajar
disamping memastikan pelajar-pelajar tersebut bersedia untuk meneruskan pembelajaran
atau tidak. Selain itu, ia juga memberi pengalaman baharu kepada pelajar dan
menjadikan pengajaran yang disampaikan oleh guru menjadi menarik sehingga
pelajar berasa seronok dengan cara yang disembahkan oleh guru mereka.
Tambahan
pula, bahan bantu mengajar juga diperlukan kerana ia boleh membantu pemahaman
dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahan bantu mengajar seperti media elektronik, dan juga media
bukan elektronik boleh digunakan ketika menyampaikan pengajaran di dalam kelas.
Dengan adanya, bahan bantu mengajar, kita dapat membantu pelajar untuk mereka
memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Selain itu,
penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar
untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria
penglihatan, deria sentuh, dan juga deria pendengaran. Dengan cara sebut, kita
bukan sahaja dapat meningkatkan proses memahami apa yang dimaksudkan oleh
penulis menerusi bahan yang dihasilkan dalam bentuk paparan bertulis malah
meningkatkan juga perbendaharaan kata pelajar melalui pembacaan.
No comments:
Post a Comment