Dalam
kursus Ketrampilan Membaca setiap kumpulan dikehendaki membina bahan bantuan
mengajar untuk satu sesi pengajaran bacaan sama ada sekolah menengah atau
sekolah rendah. Oleh itu, kumpulan kami memilih untuk membina bahan bantuan
mengajar sekolah rendah dengan memilih teknik gema sebagai sokongannya. Teknik gema kebiasaannya digunakan untuk
membantu pelajar yang mengalami masalah kefasihan dalam pembacaan. Kami
menggunakan bahan bantu mengajar dengan cara membina sebuah buku cerita mengikut
suku kata bagi memudahkan pelajar membaca.
Seperti
yang diketahui, membaca adalah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh
seseorang dalam kehidupan zaman moden ini. Seseorang yang tidak tahu membaca
akan mengalami kesukaran untuk menguruskan kehidupannya dalam masyarakat masa
kini yang penuh dengan pelbagai maklumat bertulis.
Oleh
itu, kemahiran membaca perlu dipelajari oleh seorang kanak-kanak ketika mereka
mula berada di bangku sekolah lagi. Kanak-kanak dihantar oleh ibu bapa ke
sekolah dengan satu harapan, iaitu supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M). Proses pembelajaran ini dikatakan mempunyai
permulaannya iaitu apabila seseorang itu dapat mengenal huruf atau celik huruf.
Seseorang yang tidak mengenal huruf
digolongkan sebagai kumpulan manusia yang “buta huruf” iaitu tidak dapat
mengungkap kata-kata berdasarkan paparan huruf yang terdapat di permukaan
bercetak justeru dengan adanya bahan bantuan mengajar ini dapat membantu
pelajar untuk memudahkan mereka membaca.
No comments:
Post a Comment