Kekurangan Membaca Gema

Menurut Trelease (2006), beliau menyatakan bahawa tidak kesemua buku ataupun artikel yang ada sesuai untuk digunakan sebagai bahan untuk dibaca oleh kanak-kanak. Ini bermakna bahan yang digunakan untuk membaca hendaklah mengikut kesesuaian dengan minat, peringkat, emosi perkembangan dan social kanak-kanak yang hendak diajar tersebut (Fisher et.al, 2004). Koralek (2005) turut bersetuju dan menyatakan bahawa guru perlu mempelbagaikan pelbagai jenis bahan pembacaan yang terdiri daripada pelbagai genre seperti jenaka, maklumat dan isu serta fakta yang menarik. Selain itu Koralek  (2004) juga turut menyarankan agar guru menggunakan bahan yang menggalakkan kanak-kanak menggunakan pengetahuan sedia ada bagi memahami idea baru seperti buku yang menggunakan perkataan yang berulang dan ayat yang mempunyai ritma dan rentak.

            Selain itu teknik ini mempunyai tempoh masa tertentu iaitu setelah menggunakan kaedah membaca gema ini selama empat jam dan tiada menampakkan hasil maka guru hendaklah menamatkannya dan mencari kaedah lain bagi membantu pelajar membaca.

No comments:

Post a Comment